
PENYANYI Ben Ladin dilaporkan sudah mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya dikenali sebagai Shida.
Berita gembira itu disahkan oleh seorang wanita dipercayai ibu saudara kepada pengantin perempuan dikenali sebagai Hamidah menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.
Hamidah dalam hantaran tersebut memberitahu menghadiri persandingan anak saudaranya dengan Ben atau Muhammad Benladin Munshi Shaihan, 23, namun tidak menyatakan tarikh sebenar perkahwinan pasangan berkenaan.
Ben Ladin sudah bergelar suami kepada wanita bernama Shida.
“Persandingan anak buah dengan pasangannya Ben Ladin. Semoga kekal Bahagia hingga ke Jannah,” katanya.
Dalam pada itu, menerusi video yang viral di aplikasi TikTok, Ben dilihat mengenakan pakaian sut berona biru manakala pengantin perempuan memakai gaun serba putih.
Penyanyi itu juga memakai inai di tiga jarinya dan memeluk wanita berkenaan di penghujung video tersebut.
Perkara itu dikongsi oleh akaun TikTok @frzdzhlmi yang merupakan jurukamera untuk majlis nikah dan resepsi Ben dan isteri.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen terkejut dengan perkara itu namun mendoakan hubungan mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat.
“Lah dah kahwin? Ingat lagi dulu layan dia dekat rancangan Idola Kecil kat TV9.
“Ben dah kahwin? Aku tetap pandang dia macam budak-budak lagi.
“Ni tanda aku dah tua ke? Dulu tengok kecil je dia ni, sekarang tahu-tahu dah kahwin,” tulis netizen di ruangan komen.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : MStar
Leave a Reply