PELAKON Sherry Ibrahim berjaya mencabar diri apabila berjaya menakluk puncak Gunung Kinabalu dengan jaya pada Ahad.
Lebih manis kata Sherry atau Syarizad Ibrahim, 41, dia tiba di puncak sebelum matahari terbit sekitar pukul 6 pagi selain disambut dengan kemunculan pelangi yang indah.
Menurut Sherry, perjalanan ke puncak bukan hanya tentang pendakian tetapi lebih kepada menguji ketahanan fizikal serta mental.
Sherry menyifatkan perjalanan ke Gunung Kinabalu bukan sekadar pendakian.
“7 Julai 2024, syukur Alhamdulillah Sherry okay, Sherry berjaya. Saya berjaya sampai ke puncak sebelum matahari terbit dan melihat pelangi yang indah selepas hujan.
“Perjalanan ke puncak ini lebih daripada sekadar pendakian fizikal. Ia menguji ketahanan, keazaman dan daya tahan yang mendorong kekuatan saya secara fizikal dan mental,” katanya.
Kali pertama dan terakhir
“Kenali kawan baru saya dan mereka semuanya kuat dan luar biasa. Pada akhirnya bukan gunung yang kita takluki tetapi diri kita sendiri.
“Ini pertama dan terakhir ya ‘Mr Akinablu’ (Gunung Kinabalu) dan saya tak dapat ‘rasa’ kaki saya sepanjang perjalanan turun dari gunung,” ujarnya.
Sherry teruja berkongsi pengalaman pendakian ke puncak Gunung Kinabalu.
Pelakon drama Teduhan Kasih itu turut memohon doa daripada pengikut di Instagram agar pendakiannya ke puncak Gunung Kinabalu berjalan lancar.
View this post on Instagram
“Saya perlu tidur kerana saya kena mulakan pendakian pada pukul 2 pagi. Tak tahulah, boleh ke saya lakukan sebab saya ini bukanlah jenis orang yang melakukan aktiviti pendakian.
“Buat Latihan fizikal pun dekat Bukit Gasing sahaja. Jadi doakan saya kerana bakal melalui pendakian yang mencabar,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : MStar
Leave a Reply