Faisal Halim Kembali Ke Padang! Sujud Syukur Sebelum Aksi Pemanas Badan

KEMUNCULAN sayap Selangor FC, Faisal Halim dalam perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Terengganu FC (TFC) pada Sabtu malam menggegarkan Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Faisal atau mesra dengan panggilan Mickey menerima tepukan gemuruh dan sorakan penonton.

Sungguhpun tidak tersenarai dalam kesebelasan utama, kemunculan pertama Faisal di padang selepas menjadi mangsa insiden simbahan asid mengundang sebak ramai.

Tampil mengenakan topeng, dia dilihat melakukan sujud kesyukuran sebelum memasuki padang untuk sesi pemanas badan.

Untuk rekod, mStar pada 5 Mei melaporkan pemain sayap kebangsaan itu disimbah asid ketika berada di ruang parkir sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara.

Serangan berkenaan menyebabkan Faisal terpaksa menjalani empat pembedahan untuk merawat luka lecurnya.

Dia dibenarkan discaj daripada hospital pada 25 Mei lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : MStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*