Luahan Abby Abadi Undang Sebak, Marissa Tinggal Komen Minta Balas Whatsapp

Pelakon Abby Abadi kini berada dalam keadaan bingung dan sedih apabila berita mengenai kelahiran pramatang anaknya, Marissa Dania Hakim, tersebar.

Abby mengaku bahawa sehingga kini, dia masih belum menerima sebarang maklumat sahih daripada Marissa, dan tidak tahu bagaimana untuk memberikan nasihat kepada anaknya.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila Marissa, yang hamil enam bulan, terpaksa melahirkan anaknya di hospital selepas mengadu sakit perut. Malangnya, bayi yang dilahirkan tidak dapat diselamatkan.

Ramai membuat telahan Abby terasa hati dengan Marissa yang tidak memaklumkan dia bersalin pra matang dan membelakanginya sebagai seorang ibu terutamanya hal penting berkaitan dengan dirinya.

Luahan Abby Abadi sebagai seorang ‘mama’

Dalam perkongsian tersebut, Abby dilihat meninggalkan kapsyen menyatakan tidak perlu berusaha menjadi seorang ibu yang sempurna tetapi jadilah seorang ibu yang bahagia.

Luahan Abby Abadi sejak berita anaknya bersalin jadi perbualan.

Letakkan ibu ditempat pertama

Komen yang dibuat oleh Marissa telah mendapat maklum balas daripada netizen yang kebanyakkan daripadanya meminta agar mereka sama-sama dapat menyelesaikan masalah ini.

Ada juga mengatakan mungkin Abby sedang terasa hati dan sebagai anak perlulah mendahulukan ibu dalam hal-hal penting seperti yang sedang dilaluinya sekarang.

 

Sumber: OMM, Instagram mamayebbyyabadi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*