
Tular di media sosial hari ini berita duka melibatkan zuriat sulung model muslimah, Marissa Dania yang dilaporkan meninggal dunia ketika dilahirkan.
Difahamkan, Marissa telah melahirkan bayi pramatang ketika usia kandungannya memasuki enam bulan.
Namun, nama madu, Misya Mazlan turut menjadi bualan susulan berita tersebut.
Misya dituduh tidak sensitif dan berseronok dengan khabar duka itu, kakak kepada Misya yang dikenali sebagai Sella Mazlan tampil mempertahankan adiknya.
Menurut Sella, Misya turut menziarahi Marissa dan sama-sama terlibat menguruskan jenazah bayinya untuk dikebumikan.
Kakak Misya tampil mempertahankan adiknya.
“Berita ini memang kami sudah tahu selepas apa dikeluarkan media beberapa hari lepas. Adik kami, Misya sendiri datang ziarah, mandikan dan solat untuk baby M.
“Selepas baby syurga dimandikan, Misya sendiri yang ribakan di pangkuannya. Sebab rasa tanggungjawab sesama Islam untuk tunaikan fardhu kifayah. Bukankah benih baby syurga itu dari benih suaminya juga?
“Belum berbaik bukan bermaksud tiada sikap empati dan simpati sesama manusia,” katanya.
Sella menulis perkara tersebut di Instastory miliknya membalas kepada beberapa komen serta mesej netizen kepada adiknya.
Misya dikatakan kini sedang hamil anak ketiga.
“Misya turut bersedih dan terkejut tentang berita kematian baby M kerana adik kami ibu dan sekarang tengah berbadan dua.
“Sila jaga emosi adik saya, jaga kata-kata anda wahai manusia,” ujarnya.
Terbaharu, menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram sebentar tadi, Aslam tampil menjelaskan tentang perkara tersebut.
Assalamualaikum, atas apa dikeluarkan pada hari ini, tentang berita kematian atau musibah yang melanda keluarga saya, ianya adalah betul.
Untuk makluman semua, pada hari kejadian saya sudah pun memaklumkan kepada bapa mentua saya atas apa yang berlaku dan kami menyelesaikan dengan sebaiknya semua urusan.
Dalam pada itu, Aslam menjelaskan bahawa isteri pertamanya iaitu Umisya Mazlan sudah pun mengetahui mengenai kehamilan Marissa.
Buat pengetahuan semua, Umisya juga sudah tahu tentang berita kehamilan Marissa dari awal.
Justeru, menantu kepada aktres Abby Abadi itu meminta orang ramai untuk tidak mencetuskan spekulasi berhubung berita tersebut.
Saya mohon semua mendoakan yang baik-baik buat kami dan tidak membuat sebarang spekulasi mahupun mengeluarkan hukum dengan sewenangnya.
Sementara itu, Aslam juga berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam pengurusan pengebumian cahaya matanya.
Terima kasih pada ibu bapa, bapa mentua, Umisya dan qariah surau yang terlibat dalam urusan mandi, solat dan pengebumian anak syurga saya pada hari tersebut.
Yang buruk tetaplah hadir dari diri saya sendiri, yang baik dari Allah SWT, Allah tetap sebaik-baik perancang.
Saya terima semua sebagai ujian dan hikmah buat saya.
Terdahulu, media melaporkan bayi sulung mereka meninggal dunia ketika dilahirkan. Difahamkan, Marissa sedang hamil enam bulan dan dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : MStar
Leave a Reply