Beberapa hari lalu, Raja Ilya umunkan akan mengadakan majlis resepsi perkahwinannya selepas 9 bulan mendirikan rumah tangga.
Semalam berlangsungnya majlis malam berinai yang diadakan di sebuah hotel di Petaling Jaya. Pelakon jelita itu turut berkongsi foto sepanjang majlis malam berinainya .
Raja Ilya kelihatan sangat menawan dalam persalinan rona biru lembut dan mengenakan barangan kemas Habib Jewel.
Untuk rekod, pasangan ini diijabkabulkan dalam majlis akad nikah yang diadakan di Perth pada 23 Disember 2018.
Sumber: Instagram Raja Ilya
Leave a Reply