Setiap orang pastinya perlukan masa untuk diri sendiri untuk melepaskan tekanan atau bersantai untuk menenangkan diri. Begitu juga dengan wanita yang bergelar sebagai ‘ibu’. Tambah-tambah lagi jika ada kerjaya.
Perkara sama berlaku pada Vivy Yusof. Baru-baru ini dia telah pergi bercuti dengan kawan-kawan di Bali dan meninggalkan suami dan anak-anak di rumah.
Perkara itu telah menimbulkan banyak komen dari netizen yang mengatakan bahawa dia tidak patut meninggalkan suami dan anak-anak di rumah semata untuk meluangkan masa bersama teman-teman.
Justeru, Vivy menjelaskan bahawa perkara itu tidak harus dijadikan isu kerana dia sentiasa mengingati anak-anak dan suami di rumah dan selalu menelefon untuk bertanya khabar mereka.
“Sejujurnya saya tidak merasa ia satu kesalahan pun seorang ibu meluangkan masa untuk diri sendiri.Malah, saya fikir ia adalah satu perkara yang menyihatkan kerana kita hidup dalam zaman yang mencabar.”
“Malah sepanjang saya berada di Bali, saya tidak henti-henti menelefon mereka untuk bertanyakan khabar dan begitu juga dengan mereka.”
“Setiap kali keluar juga saya tidak akan lupa untuk membeli barang-barang untuk mereka. Rasanya ini ialah sesuatu yang ibu-ibu pasti akan lakukan.”
“Dan bila pulang, pastinya saya amat merindui mereka dan akan berkongsi banyak cerita dengan mereka.’
Leave a Reply