Isteri Saharul Ridzwan Berkongsi Masakan Udang Kara Sempena Ulang Tahun Perkahwinan, Netizen Minta Resepi! “Terliurnya kak..”

Menerusi laman Instagram isteri Saharul Ridzwan, Qaabila Deena Emir mereka baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang ketiga.

Namun sambutan itu tidak dilakukan di mana-mana restoran mewah dan eklusif sebaliknya Deena sendiri memilih untuk memasak jamuan istimewa sendiri di rumah sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

 

Menurut Deena, itu kali pertama dia mencuba memasak udang kara dengan sos mentega berkrim itu di rumah untuk suami tersayang.

Deena juga turut berkongsi foto masakannya di laman Instagram.

“Today we all celebrate our wedding anniversary dekat restaurant mewah! (rumah kami) 🤣 Terima kasih kepada top chef kita iaitu diri sendiri kerana masak lobsters for the first time dengan jayanya! Haha. Alhamdulillah. Menu hari ni, sup tulang, lobster with creamy butter sauce & bubur jagung. Simple je. Tapi bila masak dengan kasih sayang, untuk insan tersayang. Semuanya jadi mudah & sedap kan? Walaupun macam berperang kat dapur :’) ❤️”, tulisnya.

 

Rata-rata pengikut Instagramnya memuji masakan tersebut dan meminta agar Deena berkongsi resepi udang kara tersebut.

Sumber: Instagram DeenaEmir

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*