
Jenama tudung Naelofar Hijab yang dimiliki oleh pelakon dan pengacara popular Neelofa sememangnya dikenali ramai. Keunikan dan kreativiti yang dicurah pada jenama tudung tersebut menarik minat hijabis di Malaysia dan luar negara.
Terbaru, jenama tudung popular tersebut kini tampil dengan koleksi hijab terbaru iaitu ‘Asal Usul’ sempena sambutan Hari Malaysia.
Koleksi itu hadir dalam lima corak iaitu Omni (Utara), Hera (Selatan), Mydas (Borneo), Ixora (Timur), dan Palma (Barat).
Menerusi kempen pelancaran koleksi terbaru tersebut, Neelofa sendiri menggayakan dengan penuh bergaya dan berfesyen.
View this post on Instagram
Rata-rata peminat dan pengikut Neelofa memuji keunikan dan kecantikan koleksi tudung tersebut.
Untuk rekod, Naelofar Hijab ditubuhkan oleh Neelofa pada 2014 dan dijual di lebih 37 negara termasuk Brunei, Indonesia, Australia dan lain-lain.
Sumber: Instagram Neelofa, Naelofar Hijab
Leave a Reply