“Aku Tak Hadap Duit Anju ” Bekas Suami Minta RM10 Ribu Untuk Lafaz Cerai, Ugvt Sebar Gambar A!b

Kemelut rumah tangga Zarina Anjoulie Lavocah bersama bekas suami, Eilyas Azhar nampaknya belum berakhir. Kali ini selebriti penuh kontroversi itu telah mengeluarkan bukti dengan menyangkal segala dakwaan lelaki itu berkenaan Anju menfitnahnya.

Dalam posting terbaru pelakon tersebut di Instagram, dia telah memuat naik perbualan melalui direct message (DM) bersama Eilyas atau biasa dipanggil Yas yang mendakwa meminta RM10,000 untuk melafazkan talak kepada Anju.

Tunjuk bukti bekas suami minta RM10k

Anju mendakwa semua tindakan bersama suami perlukan duit. Jadi dia cuba ‘memancing’ lelaki itu untuk melafazkan cerai kepadanya tempoh hari dengan menawarkan sejumlah wang untuk melepaskannya sebagai seorang isteri.

Tangkapan skrin itu merupakan salah satu bukti yang diserahkan kepada pihak polis dan peguam untuk urusan mahkamah.

Ugut nak sebar gambar a!b

Selain itu, Anju juga menyertakan sekali laporan polis mendakwa dirinya sering diaibkan Yas apabila lelaki itu pernah memanjat rumah semata-mata ingin merakam dan mengambil gambarnya dalam keadaan aib. Dia juga mengugut mahu menyebarkan gambar tersebut.

Anju minta ramai2 fikir

Selain itu, Anju turut meminta supaya pengikutnya di Instagram berfikir mengapa bekas suami langsung tidak membuat sebarang posting di media sosial sejak semalam dan tidak menyangkal segala bukti yang ditunjukkan Anju.

Hal ini kerana disebabkan selebriti berkenaan telah ‘membongkar’ segala bukti dan laporan polis berkenaan tindakkan belas suami sebelum ini.

Sehubungan dengan itu, warganet yang terlihat posting yang di buat Anju nyata terkejut dengan nasib yang menimpa pelakon drama Anak Pontianak berkenaan.

Mereka juga tidak sangka episod perkahwinan Anju yang sempat berpisah kemudian rujuk semula dan bercerai lagi penuh dengan cerita disebaliknya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! GK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @GengKepoh

Sumber : anjoulielavocah1

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*