Macam tak ada kesan apa, ini tindakan Ismail Sabri selepas Zahid umum tarik sokongan terhadap PM Muhyddin

PETALING JAYA – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secara rasminya memulakan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri hari ini.

“Pada hari Jumaat yang penuh barakah, saya memulakan tugas dengan menggalas amanah yang lebih besar demi rakyat Malaysia dan negara yang saya cintai.

“Insya Allah, saya akan melakukan yang terbaik,” katanya dalam satu entri yang dimuatnaik di dalam akaun Twitter rasmi beliau.

Ismail Sabri dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri kelmarin oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.

Pelantikan Ismail Sabri telah disembah maklum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan berkuat kuasa serta-merta.

Selain Ismail Sabri, Muhyiddin turut melantik Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.

Sebagai Menteri Kanan, beliau akan mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai oleh Datuk Seri Ismail Sabri.

“Sokong Muhyiddin ‘Akan Tanggung Akibat”-Najib Razak

Satu lagi kenyataan bersama yang mendakwa mewakili “semua ahli parlimen BN” muncul, kali ini mendakwa bahawa mereka semua bersetuju untuk menyokong Muhyiddin Yassin untuk berkhidmat sebagai perdana menteri.

“Ahli Parlimen BN” itu mengatakan bahawa keutamaan mereka sekarang adalah memastikan kejayaan Pelan Pemulihan Negara dan Muhyiddin meneruskan agenda “membela rakyat”.

Kenyataan bersama itu tidak mengandungi kepala surat rasmi BN, dan juga tidak mempunyai senarai penandatangan.

Bagaimanapun, FMT melaporkan bahawa pembantu kepada Timbalan Perdana Menteri yang baru dilantik Ismail Sabri Yaakob mengesahkan kenyataan itu sebagai “sahih”.

Beberapa ahli parlimen BN, seperti Annuar Musa (Umno-Ketereh), memberitahu Malaysiakini bahawa mereka turut serta dalam kenyataan itu. Sementara yang lain memberikan jawapan yang tidak jelas.

Percubaan untuk menghubungi Setiausaha Agung BN, Zambry Abd Kadir untuk mendapatkan komen tidak berjaya.

Ketika laporan ini ditulis, Malaysiakini tidak dapat mengesahkan sama ada kenyataan ini mewakili semua ahli parlimen BN.

Zahid, dalam kapasiti sebagai presiden Umno, menyatakan bahawa majlis kerja tertinggi (MKT) Umno telah memutuskan untuk menarik balik sokongan parti itu kepada Muhyiddin.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pekan Najib Razak mempersoalkan dakwaan dalam kenyataan terbaru yang mendakwa mewakili “semua ahli parlimen BN”.

“Eh.. saya pun ahli parlimen BN. Sejak bila saya setuju langgar arahan MKT parti semalam?

“Siapa ada senarai penuh nama-nama yang dimaksudkan dalam kenyataan yang dikeluakan entah pihak mana ini?

“Saya yang tandatangan watikah pencalonan bagi setiap ahli parlimen BN yang ada hari ini.

“Sebab itu, saya tentu akan kenal nama setiap orang ahli parlimen BN. Sila beri senarai nama,” katanya di Facebook.

Ini adalah kali kedua sejak 23 Jun di mana kenyataan yang mendakwa mewakili “semua ahli parlimen BN” muncul.

Kenyataan sebelum ini mendakwa bahawa Ahli Parlimen BN tidak akan menyokong undi tidak percaya terhadap Muhyiddin.

Kenyataan sebelumnya pada mulanya dikaitkan dengan Ismail Sabri dan kemudian dikaitkan dengan “semua Ahli Parlimen BN”.

Ini yg berlaku di rumah Muhyiddin selepas Zahid umum tarik sokongan

Beberapa anggota jemaah menteri dan pegawai kanan kerajaan hadir ke kediaman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara pagi semalam.

Menurut laporan portal berita, kenderaan yang dipercayai membawa menteri, Peguam Negara Idrus Harun dan pegawai kerajaan lain dilihat memasuki kawasan perumahan perdana menteri pada jam 9.40 pagi tadi.

“Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan pemimpin mana yang hadir dalam pertemuan bersama Muhyiddin hari ini,” kata The Malaysia Gazette pada laporan lintas langsungnya.

Dipercayai kehadiran menteri dan pegawai kerajaan di rumah Muhyiddin berkaitan dengan desakan Umno supaya ahli parlimen Pagoh mengundurkan diri daripada jawatan perdana menteri.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi malam tadi mengumumkan keputusan parti itu menarik balik sokongannya kepada Muhyiddin dengan segera, dengan alasan kerajaan gagal dalam tugasnya termasuk menangani wabak Covid-19.

Majlis Tertinggi Umno memutuskan Muhyiddin mesti memberi laluan kepada perdana menteri sementara, yang akan mefokuskan menangani wabak, sebelum diadakan pilihan raya umum untuk mengembalikan semula mandat kepada rakyat.

Sumber:Bernama/MK

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*