Damaikanlah Ustaz Ebit Lew, Nadir al-Nuri, dan Firdaus Wong. Ini jasa mereka yg ramai tak perasan

Damaikanlah Ustaz Ebit Lew, Nadir al-Nuri, dan Firdaus Wong

Saya berani bersumpah Demi Allah betapa besarnya pengorbanan dan jasa ketiga-tiga insan ini untuk ummah. Nadir al-Nuri kehilangan anak sulung kerana isteri yang sarat mengandung terpaksa merangkak di terowong bawah tanah yang dibom rejim penjajah. Ustaz Ebit Lew yang kehilangan ayah ketika sibuk membantu orang susah. Firdaus Wong berkali-kali diugut bunuh kerana usaha dakwah dan mencegah kemungkaran. Pengorbanan ketiga-tiga insan ini hampir tiada taranya.

Allah tidak akan sekali-kali lupa bagaimana sayangnya Ustaz Ebit Lew kepada golongan gelandangan dan pinggiran. Allah tidak akan sekali-kali lupa bagaimana Nadir al-Nuri keras berusaha membangunkan ekosistem kebajikan, pendidikan, dan perniagaan saudara kita yang dijajah dan diperangi. Allah tidak akan sekali-kali lupa bagaimana Firdaus Wong membimbing ramai saudara baru untuk kembali ke agama fitrah demi keselamatan dunia akhirat sedang dalam masa yang sama mendepani golongan ekstremis.

Sungguh, tiada siapa pun antara kita yang layak menghakimi ketiga-tiga insan ini. Kita selalu lupa betapa satu-satunya manusia yang sempurna dan bebas daripada dosa sudah pun wafat lebih seribu tahun yang lalu. Tiada lagi insan sehebat Rasulullah yang memimpin negara dalam rumah yang kecil hinggakan untuk sujud pun isteri baginda perlu mengalihkan kakinya. Tiada lagi insan sehebat Rasulullah yang mempimpin negara dalam keadaan kelaparan mengikat batu di perut baginda. Tiada lagi insan sesempurna Rasulullah yang bersegera mengagihkan harta-benda baginda hinggakan wafat tanpa mewariskan

kekayaan luar biasa kepada ahli keluarga baginda.

Kita selalu meletakkan neraca kesempurnaan dalam menghakimi orang lain, hingga ke tahap segala jasa dan sumbangan insan lain diperkecil-kecilkan, sebaliknya segala kekurangan mereka diperbesar-besarkan dan diulang-ulang. Lebih parah, tanpa kita sedari api permusuhan dan kebencian ditiup dengan kencang hingga ke tahap melaga-lagakan insan-insan yang sedang sama-sama melakukan kebaikan.

Hakikatnya, Allah menuntut kita untuk sentiasa berusaha mendamaikan saudara kita yang saling bermusuhan – bahkan hingga ke tahap kita dibenarkan berbohong dan menipu demi mendamaikan antara dua pihak yang bertelagah.

Saya menyeru rakan-rakan untuk sama-sama kita menyeru usaha perdamaian secara baik antara Ustaz Ebit Lew dan Nadir al-Nuri ini. Sungguh ruginya kita berpecah dan berpihak sesama kita dalam keadaan penjajah terus berkuasa membantai saudara kita. Sungguh ruginya kita berpecah-belah dalam keadaan ramai antara kita yang terkesan dengan situasi hidup sekarang di kala masih ramai yang memerlukan perhatian dan sumbangan. Betapa ruginya kita berpecah dan bertelingkah dalam keadaan saat ini wilayah kita dituntut kuasa besar China dan Filipina di PBB.

Ingatlah sungguh-sungguh pesanan Rasulullah ini kepada kita semua:

“Jauhilah sangka buruk, kerana bersangka buruk itulah ucapan yang paling dusta;

Janganlah mencari-cari isu;

Janganlah mencari-cari kesalahan;

Janganlah saling bersaing (dengan buruk);

Janganlah saling dengki-mendengki;

Janganlah saling memarahi; dan

Janganlah saling memusuhi!

Sebaliknya, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara”

Hadis riwayat Muslim

Oleh: Abdul Muein Abadi

Hamba Allah yang cintakan perdamaian dan persaudaraan

Nadir Al-Nuri Lahir di Scotland, Anak Seorang Profesor, Kahwini Balu Sy4hid & Ada 7 Anak

Perkongsian peribadi Nadir Al-Nuri, satu-satunya rakyat Malaysia di wilayah Palestin berkenaan kontroversi dengan Ustaz Ebit Lew semalam, menjawab pelbagai persoalan yang viral sejak menjelangnya sambutan Aidiladha 1442H.Tidak ingin terus ‘memanaskan’ keadaan, satu kisah menyedihkan tentang Nadir Al-Nuri, yang menjadi asbab perjuangannya sebagai aktivis kemanusiaan di sana.

Tapi sebelum itu, mungkin tidak ramai mengenali siapa Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman. Berusia 34 tahun, Nadir sebenarnya dilahirkan di Scotland ketika bapanya membuat PhD di sana.

Bapa Nadir iaitu Prof Dr Kamaruzaman Yusoff merupakan seorang ahli akademik terkenal di UTM. Dia dibesarkan dengan asas pendidikan yang kuat dimana Nadir sendiri adalah bekas mahasiswa Asasi Sains UM, graduan Ijazah Sains Marin (UMS), Diploma Syariah dan Bahasa Arab (Kolej Antarabangsa Damsyik) dan Ijazah Sarjana Muda Syariah (Universiti Islam Gaza).

Nadir bersama ibu bapa dan adiknya, Ahmad Musa Al-Nuwayri

Keluarga Prof Dr Kamaruzaman Yusoff

Prof Dr Kamaruzaman Yusoff
Sebagai orang terpelajar dan lahir dalam sebuah keluarga berada, secara zahirnya pasti kita menyangka… Untuk apalah dia bersusah-payah tinggal di sana? Apa lagi berjuang sebagai satu-satunya warga Malaysia di Palestin sewaktu perang melanda?

Bertubi-tubi pertanyaan demi pertanyaan bermain di fikiran. Nadir tenang menjawab pertanyaan saya melalui kiriman voice note, termasuk kisah sedih yang menimpa isterinya, Reem Al-Minawi.

Nadir Al-Nuri dibesarkan di Bangi

Keramahan Nadir disenangi penduduk di sana
“Mengenang hari-hari di Gaza, kadangkala saya pelik sendiri bagaimana ianya dilalui. Elektrik yang datang seadanya, sempadan yang dibuka mengikut selera, keluarga yang terpisah bertahun lamanya.

Mungkin, di dunia yang ini, untuk saya sudah ada suratan. Suratan bahawa hidup saya untuk mengusap kepala anak yatim dan menyuap sang miskin, untuk berkorban usia membebas Palestin, dan bersedia, pada bila-bila masa, kalau ada ikhlas dan istiqamah, diseru Allah bertemu-Nya dengan tangan ibu dan ayah dipimpin.” Nadir Al-Nuri

“Hai, saya Haura’. Saya anak Melayu pertama yang lahir di Palestin. Comel tak saya?”

Kecomelan Haura’ mencuit hati

Nadir dan Haura’

MERANGKAK UNTUK PULANG

Saya rasa ini kali pertama saya bercerita kepada khalayak tentang satu pengalaman yang sangat menyedihkan saya.

Sebagaimana yang kalian tahu, untuk masuk ke Gaza ni kita perlu melepasi sempadan Rafah. Ia terletak di antara bumi Gaza dan Mesir. Ia tidak selalu dibuka kerana dikawal dengan keizinan kerajaan Mesir dan Israel. Kadang-kadang 3 bulan atau 4 bulan sekali.

Jadi beberapa tahun lepas, saya bersama isteri dan anak sulung (Naeem) telah bermusafir ke Malaysia. Sekembalinya dari tanah air, dan dalam perjalanan untuk sampai ke Gaza semula, di Mesir, keadaan di sempadan Rafah ini seolah-olah keadaan di padang Mahsyar.

Berkumpul ribuan penduduk yang cuba untuk masuk ke Gaza dari pintu sempadan ni, dengan pengurusannya yang sangat-sangat buruk dan tidak sistematik.

Kadang-kadang kena tunggu 2 hari.

Masa ketika itu isteri saya menunggu dalam keadaan sedang mengandung, anak yang pertama (sepatutnya). Sebabkan keadaan itu, pihak kerajaan Mesir rasa kesian dan dia tak dibenarkan masuk cara biasa tapi dibuka sebuah pintu yang kecil.

Itu pun selepas beberapa jam menunggu dalam keadaan yang penat dan terpaksa berdiri untuk dibenarkan masuk.

Kami pun masuk melalui bawah pagar tu, merangkak perlahan-lahan untuk sampai kepada isteri. Alhamdulilah selepas penat yang begitu panjang, kami akhirnya dapat masuk ke Gaza semula.

Tapi selepas dua minggu, suatu hari isteri saya tiba-tiba meraung kesakitan. diikuti pendarahan dan ketulan-ketulan janin yang hancur. Kami dapat tahu kami kehilangan anak yang pertama kerana kepenatan yang melampau dalam tempoh dua minggu lepas, atau setepatnya ketika di sempadan tu.

Itulah pengalaman peribadi yang sangat menyedihkan, susah payah yang terpaksa kami tempuhi untuk masuk ke Gaza dalam keadaan yang sangat menyusahkan hingga anak yang dikandung pun terkorban.

KEBAIKAN BERPANJANGAN

Nadir Al-Nuri menjalin hubungan baik dengan kerajaan Palestin

Banyak kerjasama terjalin bagi membangunkan semula negera yang menempatkan Masjid Al-Aqsa itu
Setiap sumbangan yang disalurkan ke Persatuan Cinta Gaza Malaysia akan diagih-agihkan kepada mangsa di Palestin secepat mungkin. Nadir sendiri yang menjadi wakil penyumbang, dengan harapan dapat membantu mereka yang terjejas teruk di Gaza.

“Selepas perang, kita mahu memastikan bantuan penyediaan tempat tidur, sumber air, tandas sementara tak sampai ke tahap pusat pelarian.

Kita perlukan jumlah yang lebih besar selepas perang untuk pastikan rumah, hospital dan sekolah yang telah dibom dapat dibangunkan semula selepas perang.” Nadir Al-Nuri

Kasih sayang terhadap isteri dan anak-anaknya di Palestin membuatkan semangat Nadir lebih berkobar-kobar ingin memberikan yang terbaik buat semua pihak. Semoga segala usaha ‘frontliner bantuan kemanusiaan’ Malaysia ini dipermudahkan serta mendapat pembalasan terindah daripada Allah Taala.

sumber: nona

‘Insyallah Saya Bersama Anda’ – Firdaus Wong Sokong Caprice

Isu penyanyi rap, Caprice yang sedang kecoh di media sosial susulan kenyataan yang dipercayai tidak berpuas hati dengan Ustaz Ebit dilihat semakin rancak apabila pendakwah Cina Muslim, Firdaus Wong Wai Hung menyatakan sokongannya terhadap Caprice.

Stand strong brother!

Insya-Allah saya dengan anda. Amar makruf nahi mungkar. Di dunia kita boleh berlakon tetapi bila jumpa Munkar dan Nakir, lakonan kita di dunia yang mempersonakan dan memperdayakan manusia akan menjadi penyesalan.

Di Facebook, Firdaus yakin Caprice seorang yang tabah apabila menghadapi reaksi orang ramai susulan kenyataan yang dibuat. Tambahnya, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslims (MRM) berpegang teguh dengan prinsip yang betul tetap betul dan salah tetap salah tanpa mengira sesiapa.

Hidup ini sering menghadirkan pilihan buat setiap insan. To go with the flow and the crowd maka hidup akan disukai insan lain atau to go with the truth and principle dari Quran & Sunnah yang mungkin menyebabkan kita head on collision dengan public figure yang disukai sehingga kita akan dicaci dan dihina? Saya lebih memilih to go with the truth and principle. Nak play safe dan mendiamkan kemungkaran bagi saya bercanggah dengan best practice ajaran Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam iaitu apabila nampak kemungkaran cegah dengan tangan dan jikalau tidak mampu dengan lisan dan selemah lemah iman adalah sekadar membenci dalam hati.

Ujarnya lagi, dia tidak kisah sekiranya ada segelintir individu mahu ‘unfollow’ ataupun caci maki dirinya berhubung isu ini. Firdaus turut memberitahu bahawa dia sudah memaafkan semua pihak seandainya mereka melakukan hal tersebut kerana kejahilan.

Kami ada prinsip

Posting Firdaus ternyata mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Menurut netizen, mereka tidak kisah seandainya pendakwah tersebut mahu menyokong Caprice. Namun begitu, sebagai masyarakat di Malaysia, mereka berharap Firdaus dapat memberi nasihat kepada Caprice supaya tidak bergaduh mengenai bantuan kepada penduduk di negara luar tatkala negara kita sendiri sedang menghadapi kemelut Covid-19.

Walapun Caprice telah mengeluarkan permohonan maaf kepada Ebit Lew, namun belum ada apa-apa penjelasan dari pihak Firdaus Wong

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*