Pertama Kali Tunai Umrah Bersama Heliza Helmi & Suami Mohon Doa Orang Ramai

Penyanyi dan aktivis terkenal, Datin Seri Heliza Helmi memaklumkan dirinya dan suami, Datuk Seri Mahadi telah berangkat ke tanah suci bersama bagi menunaikan umrah.

Mohon Doa Orang Ramai 

Di kesempatan itu, Heliza memohon agar orang ramai dapat menitipkan doa buat mereka agar ziarah dan umrah mereka diterima Allah serta memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap.

“Dengan penuh kerendahan hati, kami ingin memohon maaf sekiranya ada salah silap, doakan agar ziarah dan umrah diterima Allah.

Sesiapa ada doa boleh share diruangan komen, moga Allah angkat doa doa kita semua yang terbaik di sisi Allah swt.”- tulis Heliza

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 🎯H E L I Z A H E L M I 🎯 (@nurhelizahelmi)

Dibanjiri Komen Peminat & Rakan Selebriti 

Di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat  membanjiri dengan pelbagai ucapan dan mendoakan agar urusan ibadah umrah Heliza dan suami dipermudahkan.

“Amin Ya Rabb, jumpa di Mekah InsyaAllah.”-Diana Amir

“Alhamdulillah..Moga diberkati dan mudahkan segalanya kak ja & family. Moga dalam rahmat dan mendapat umrah yang mabrur.”-Ardell Aryana

“Semoga dipermudahkan urusan kakja di Tanah Suci”

“Alhamdulillah..Semoga dipermudahkan urusan..Aminn..” komen mereka

Sekadar info, Heliza Helmi telah berkahwin dengan Datuk Mahadi Badrul Zaman dalam sebuah majlis akad nikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 1 Januari 2022. Selain itu, Heliza sah menjadi isteri Mahadi dengan sekali lafaz menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah al-Quran dan pasangan ini telah diraikan dalam sebuah majlis di sebuah hotel terkemuka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Murai.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*