“Ya Betul, Itu Zul..” Akhirnya Ruhainies Ded4h Segalanya

SPEKULASI mengenai lelaki mist3ri dalam video yang dimuat naik Ruhainies di Instagram terjawab apabila aktres itu mengesahkan pelakon Zul Ariffin adalah individu dalam klip berkenaan.

Mengakui perkongsiannya itu hanyalah gimik bagi mempromosikan produk, Ruhainies, 30, berkata video berkenaan dihasilkan bagi tujuan kerja dan bukannya majlis perkahwinan seperti disangka netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ruhainies7


“Ya jejaka misteri dalam video yang dimuat naik di Instagram kelmarin ialah Zul Ariffin. Sebenarnya masa saya muat naik video itu, ramai yang sudah meneka dia.

“Tapi dakwaan yang mengatakan kami sudah berkahwin atau bertunang adalah tidak benar. Saya dan Zul hanya berkawan baik dan dia antara kenalan selebriti yang saya rapat.

“Selepas video ini tular saya baru sedar yang sebenarnya ramai nak tengok saya naik pelamin. Alangkah seronok kalau hari ini adalah hari bahagia itu.

Zul dan Ruhainies hanya berlakon untuk gimik produk.

“Apapun saya serah soal jodoh kepada takdir. Kalau jodoh sampai awal, cepatlah saya kahwin,” katanya kepada mStar.

Ruhainies berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelantikannya sebagai duta produk makanan tambahan Mix Berry Powder yang diadakan di Calia, Pavilion, Kuala Lumpur pada Jumaat

Janganlah rasa tertipu sebab saya tidak pernah beritahu yang saya nak berkahwin atau bertunang!

RUHAINIES

PELAKON

Pada Rabu lalu, Ruhainies memuat naik video di laman Instagram menunjukkan dia memakai inai di jari dan berlari gembira diikuti jejaka misteri dari belakang.

Memakai busana bertemakan Bollywood, Ruhainies turut menulis kapsyen istimewa yang menyatakan ‘A night to remember. One step closer pada hantaran terbabit.

Namun apa yang menarik perhatian netizen ialah kelibat jejaka dalam video itu dikatakan mirip pelakon kontrov3rsi Zul Ariffin

Ruhainies senang bekerjasama dengan Zul Ariffin.

Gara-gara perkongsian itu, ruangan komen dibanjiri ucapan tahniah daripada pengikut dan ada juga membuat andaian Ruhainies bakal menamatkan zaman bujang dengan Zul.

Menyedari perkongsiannya itu menimbulkan tanda tanya ramai pihak, pelakon drama Wifi Sebelah Rumah ini memohon maaf jika ada yang tergores hati dengan tindakannya itu.

“Janganlah rasa tert1pu sebab saya tidak pernah beritahu yang saya nak berkahwin atau bertunang. Video yang dimuat naik itu pun saya tak terangkan apa-apa, sebaliknya hanya mengambil konsep Bollywood.

“Lagipun semua orang tahu yang saya memang minat Bollywood daripada dulu, jadi saya ambil konsep ini selepas berbincang dengan rakan kongsi Sha Hasan dan kami bersepakat untuk jayakan video promosi produk sulung ini.

“Saya pilih Zul kerana pada mata saya dia adalah hero yang paling tepat. Tak lengkap sesebuah jalan cerita tanpa hero. Ibaratnya kalau sudah ada Anjali, kenalah ada Rahul. Jadi dalam video ini kami seperti watak Anjali dan Rahul dalam filem Kuch Kuch Hota Hai,” ujarnya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*