“Dari Kecil Lagi Semua Cantik-Cantik” – Netizen Puji Adik-Beradik Emma Maembong

Setiap seorang daripada kita mesti rindu pada kenangan zaman kanak-kanak. Kadangkala pasti juga akan teringat kenangan ketika di bangku sekolah.

Setiap kali rindu mesti akan ditatap foto-foto kenangan itu. Bahagia betul hidup kita sewaktu kecil, hidup dengan gelak-tawa tanpa perlu memikirkan sebarang masalah dan tanggungjawab.

Sejak dua menjak ini, trend ‘throwback’ foto atau video zaman kanak-kanak kembali memenuhi ruangan Tiktok. Salah satu artis yang turut menyertai trend ini ialah Emma Maembong dan adik-beradiknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial)


Baru-baru ini, Emma memuat naik video mereka bertiga di akaun Instagram miliknya yang menggabungkan gambar mereka sewaktu kecil.

Ternyata ramai peminat terpegun melihat gambar throwback mereka sewaktu kecil. Adik-beradik ini dikatakan cantik sejak dari kecil lagi.

Untuk pengetahuan semua, adik-beradik berdarah kacukan Scotland ini sering kali menjadi perhatian netizen dan peminat oleh kerana wajah mereka yang cantik.

Selain Emma, adiknya iaitu Chacha Maembong dan kakaknya Beby Maembong juga sangat terkenal di kalangan peminat. Chacha telah mengikuti jejak langkah dalam industri seni seperti Emma dan Beby pula lebih popular dengan perniagaannya sendiri.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat mengatakan bahawa mereka telah mengulang video itu berkali-kali kerana suka melihat kecomelan mereka.

Comel kan adik-beradik Emma?

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : CARI

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*