Air Mata Nabil Tumpah, Ada Sesuatu Terjadi Dgn Dirinya Selama Ini “eh kau kena pergi cari agama”

Nama Nabil Ahmad bukanlah baru dalam dunia hiburan tanah air. Memiliki daya tarikannya yang tersendiri, bakat selebriti ini sesuatu yang agak

luarbiasa dan dia juga memiliki bakatnya yang tersendiri. Masih mengacarakan rancangan hiburan MeleTop biarpun rakan pengacaranya, Neelofa sudah pun mengundurkan diri.

Video ada dibawah sekali..

Namun begitu, baru-baru ini kisah penghijrahan Nabil Ahmad telah menjadi tumpuan ramai. Malah selebriti ini juga turut tampil dalam

satu sesi temubual. Dalam rakaman yang dimuat naik, kisah penghijrahan dan luahan Nabil Ahmad telah dipertontonkan.

Kedengaran Nabil Ahmad berceritakan mengenai bagaimana dia mula berhijrah dengan kisah-kisah yang cukup tak disangka. Berikut adalah rakaman tersebut:

Benarlah yang dikatakan hidayah Allah itu tanpa diduga. Siapalah kita manusia biasa untuk menilai seseorang itu. Kalau orang itu berubah sekelip mata sahaja dan kita?

Ujian besar Nabil

Penghijrahan seseorang individu ke arah yang lebih baik tentunya akan hadir bersama pelbagai ujian dan dugaan sepanjang perjalanan itu.

Bagi pelakon, pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad, ramai sedia maklum mengenai proses penghijrahannya.

Sepanjang perjalanan proses itu, Nabil tidak menafikan dia berdepan dengan pelbagai ujian dan dugaan besar terutamanya dalam beristiqamah.

“Dalam amal ibadah, cabaran dan ujian terbesar adalah untuk terus istiqamah. Saya juga berdepan dengan cabaran ini contohnya untuk memastikan saya dapat bangun untuk menunaikan solat tahajud.

“Pada awal-awal proses perubahan ini, memang saya sangat rajin tapi perlahan-lahan, mulalah diuji dengan beberapa hal contohnya mula lewat sedikit dan kadang-kadang, hanya mampu menunaikan solat Subuh saja,” katanya.

Berkongsi lagi mengenai kisah penghijrahannya, Nabil turut berkongsi apa yang dilaluinya saat awal-awal mula memilih jalan untuk mendekatkan diri dengan Allah.

“Ujian yang lebih dahsyat ialah apabila semua benda kita nak tegur. Tengok isteri sendiri pun saya asyik nak tegur saja macam ada saja benda yang salah.

“Dari situ, saya mula belajar bahawa setiap benda yang kita nak tegur, ada cara terbaik sebab semua orang tidak sempurna termasuklah diri kita sendiri.

“Dari situ juga saya mula belajar untuk sentiasa bersangka baik dengan orang atau husnuzon. Perlahan-lahan saya praktikkan dalam kehidupan, dalam keluarga, isteri dan adik-beradik saya,” katanya.

Pengacara program Gegar Vaganza itu juga meluahkan rasa syukur kerana proses penghijrahannya juga turut mendapat sokongan daripada sahabat-sahabat dan orang di sekelilingnya.

“Saya sendiri pun tak sangka, sahabat-sahabat saya di kampung pun tergerak hati untuk turut sama memperbaiki diri bersama dengan saya.

“Baru-baru ini, ada sahabat menghubungi saya dan bertanya macam mana nak mulakan langkah untuk belajar ilmu agama. Jadi, kami sama-sama adakan kelas ilmu secara virtual dipimpin seorang ustaz.

“Alhamdulillah, setakat ini tak ada lagi orang yang menjauhkan diri daripada saya walaupun saya dah berhijrah. Kalau dulu, memang ada yang jauhkan diri sebab perangai saya,” katanya bergurau.

Cukup dikenali menerusi program-program hiburan, Nabil masih akan terus menjalankan tanggungjawabnya sebagai pengacara, namun akan terus menyuntik sedikit ilmu buat penonton.

“Selagi diberi peluang oleh Astro, saya akan menjalankan tanggungjawab saya. Kalau program yang saya acarakan itu program hiburan 100 peratus, saya akan selitkan juga sedikit ilmu yang saya belajar contohnya kisah teladan dan sebagainya buat penonton.

“Saya tidak akan tinggalkan platform ini kerana kalau difikirkan, berapa ramai saja yang dapat peluang begini. Jadi, saya boleh gunakan platform ini untuk berdakwah dan berkongsi ilmu dengan penonton,” katanya.

Terbaru, Nabil bersyukur kerana dalam tempoh pandemik Cvd-19 ini, dia masih lagi diberikan rezeki daripada Allah.

“Saya akui banyak program-program yang tak dapat dijalankan dalam tempoh sekarang dan memang tak ada pendapatan sampingan. Sekarang, 100 peratus pendapatan saya bergantung kepada program Astro.

Lihat video, dalam video ini nabil ada jelaskan perkara yang berlaku selepas beliau berhijrah..

“Satu hari saya bangun “eh kau kena pergi cari agama”

“Umur saya 37 tahun tak pandai mengaji

“Orang paling rugi, adalah orang yang k0rbankan akhirat dia untuk kejayaan dunia

“Saya tak pernah berdiri depan orang, tak pernah pegang microfon, tapi hari tu Allah bagi saya menang Raja Lawak”

“Buat iklan, barang percuma di bayar pula lagi. Pergi hotel orang suruh review hotel, duduk hotel percuma dapat duit pula lagi. Seronok tak kehidupan saya tuan2”

Apa-apa pun perkongsian ini harapnya dapat memberikan inspirasi kepada ramai.

Rakaman kisah penghijrahan dan luahan Nabil Ahmad ini telah meraih lebih 239 ribu tontonan dan 8,900 likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian ini di ruangan komen seperti berikut:

“Setiap kali Nabil cakap, mata aku bertakung. Sayu hati”

“Alhamdulillah sangat mengagumi dua orang ni. Penghijrahan mereka banyak benda boleh kita belajar”

“Nabil nampak sangat2 matang. Inilah sisi lain yang baik selain karakter lawaknya…”

Artis serba boleh.. itulah label paling sesuai untuk menggambarkan anak seni bernama Ahmad Nabil bin Ahmad atau nama komersialnya, Nabil Ahmad.

Bermula sebagai seorang pelawak, dia kemudian perlahan-lahan meneroka beberapa cabang seni lain, dengan sehingga kini haluan kariernya lebih terarah kepada bidang pengacaraan.

Jom berkenalan lebih rapat dengan hos yang kini dikenali menerusi rancangan bual bicara hiburan siaran Astro, Meletop.

Biodata

1. Pemilik nama penuh, Ahmad Nabil bin Ahmad.

2. Lahir di sebuah perkampungan di Mambau, Negeri Sembilan pada 26 September 1983.

3. Berusia 36 tahun.

4. Anak ketiga daripada tujuh orang adik-beradik.

5. Bapanya merupakan seorang pemandu lori, manakala ibunya seorang guru tadika bahasa Inggeris.

6. Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selepas tamat persekolahan, beliau menyara kehidupan sebagai penghantar surat atau ‘Mat Despatch’ untuk Pos Malaysia bagi cawangan Negeri Sembilan.

7. Berkecimpung dalam dunia hiburan sejak tahun 2008 sebagai pengacara, pelawak, penyanyi, pelakon dan pengarah.

8. Bakatnya dicungkil daripada pertandingan Raja Lawak musim kedua di mana dia telah diangkat sebagai juara dalam rancangan pencarian bakat komedi berkenaan.

9. Antara drama dibintanginya seperti Kuih Goyang Shafiq, Sonata Labu Labi The Series, Geng Bas Sekolah, Mak Lang Datang Kompang Bergendang, Goyang Shafiq… Jom Pi Cuti dan Cakap Melayulah.

10. Termasuk telefilem Sonata Labu Labi, Kuih Goyang Seha, Asmara Pontianak K-POP, Uncle Grandpa, Strawberry Karipap Sesat Kat Paris, Bila Kau Datang dan banyak lagi.

11. Pembabitannya di layar perak, antaranya menerusi filem Sifu & Tongga, Lu Pikirlah Sendiri De Movie, Bujang Terlajak, Uncle Usin, Romeo Kota dan Bo-Peng.

12. Dalam bidang pengacaraan, beberapa program kendaliannya seperti MeleTOP, Anugerah Industri Muzik ke-20, Anugerah MeleTOP Era, Anugerah Planet Muzik 2014, Festival Filem Malaysia ke-27 dan Gegar Vaganza.

13. Sebagai pengarah, setakat ini beliau sudah menggarap dua buah telefilem iaitu The Hantus dan Gostan.

14. Juga terbabit dalam bidang seni suara menerusi lagu-lagu seperti Lagu Untuk Bos, Dulu Aku Jutawan, Papa Kedana, Ok Lah! (ft Tegar) dan Pening.

15. Pemegang trofi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008, Tempat Ketiga Maharaja Lawak Mega 2014, Hos MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2018, Pengacara Hiburan Terbaik di Asian Academy Creative Awards 2018 dan banyak lagi.

16. Pada sekitar 2009, beliau pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan pelakon Irma Hasmie. Beliau bagaimanapun akhirnya menamatkan zaman bujang pada 30 September 2011 dengan Nazirah Ayub yang juga merupakan bekas pramugari AirAsia. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata berjantina perempuan iaitu Nayla Mikayla (kelahiran 2012), Leyla Medyna (lahir 2015) dan Mishall Imani (lahir 2019).

 

Sumber: Metro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :http://trendingsangat.pw

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*