Nyanyi sambil mengasuh bayi, budak 3 tahun sempat tukar lirik sind1r ibu kerap main phone

“ADIK jangan nangis, emak tengok handphone.”

Begitulah lirik lagu yang ‘didendangkan’ oleh seorang kanak-kanak bernama Haadif, tiga tahun, ketika mengasuh seorang bayi.

Rakaman mencuit hati ini telah dikongsikan oleh ibunya sendiri, Lyza Malek, 33, di TikTok sehingga meraih lebih satu juta jumlah tontonan dalam masa tiga hari.

VIDEO:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Berkongsi kisahnya kepada mStar, ibu Haadif berkata kejadian yang dianggap lucu dan menghiburkan itu berlaku pada 29 Jun lalu.

“Saya mengasuh bayi berusia empat bulan sejak dua bulan lepas. Adik kepada Haadif berusia setahun tengah demam waktu saya mengasuh. Dia memang merengek nak berkepit dengan saya saja.

“Kebetulan anak asuhan tu pun merengek juga jadi Haadif pun tolong pujuk dengan berikan susu botol. Biasanya kalau dia pujuk baby memang lagu itu saja modal dia,” ujar Lyza.

Menurut ibu kepada empat cahaya mata ini, dia sememangnya kerap memegang telefon untuk melayari internet ketika sedang menyusukan anak.

Bagaimanapun, pada hari itu setelah melihat anaknya yang kelihatan tekun mengasuh sambil menyanyikan lagu Tepuk Amai Amai Belalang Kupu-Kupu yang telah digubal liriknya, Lyza sempat merakam momen tersebut.

“Saya selalu ambil video pendek hantar pada suami di tempat kerja untuk dia tengok aktiviti anak di rumah. Masa dia nyanyi tu saya pun rakamlah kejadian tu.

Haadif baru berusia tiga tahun.

“Sambil tengok dia pandai mengasuh, saya rakam secara spontan saja untuk tunjuk dekat ayah dia. Tapi saya tak perasan pula dia dah tukar lirik sendiri lagu tu,” ujar Liza yang bekerja sendiri menjual barangan Hello Kitty.

Lyza yang merupakan anak jati Perlis ini berkata, dia sendiri terhibur dengan gelagat anaknya dan menganggap ia sebagai hiburan sahaja untuk dihantar kepada suami yang bekerja dengan pasukan unit beruniform.

Malah, anaknya di rumah seorang yang aktif melakukan pelbagai aktiviti termasuklah membantu dalam kerja-kerja rumah.

Bapa dan ibu Haadif.

“Kalau abang dan kakanya yang masing-masing berusia lapan dan enam tahun pergi ke sekolah, dialah anak yang akan disuruh bantu saya.

“Dekat rumah selalunya dia saya suruh ambilkan air. Tengokkan baby waktu tidur. Kalau berikan susu botol pada bayi saya akan pantau juga sebab bimbang tersedak waktu saya tak perasan.

Sambil tengok dia pandai mengasuh, saya rakam secara spontan saja untuk tunjuk dekat ayah dia. Tapi saya tak perasan pula dia dah tukar lirik sendiri lagu tu

LYZA

“Saya belum hantar dia ke sekolah lagi tapi petah mulutnya bila bercakap. Fasal video viral ni pun dia ada tanya ‘ibu masukkan dalam TikTok ke?‘” katanya.

Berikutan perkongsian di TikTok yang tular, rata-rata warga maya terhibur dengan nyanyian si cilik ini.

Haadif rajin membantu ibunya mengasuh bayi di rumah.

Malah, gurauan dalam bentuk sindiran ini membuatkan video tersebut dihujani pelbagai komen oleh netizen.

“Tak sangka video tu boleh viral. Alhamdulillah saya bersyukur lepas tengok komen ramai yang mendoakan kebaikan kepada keluarga saya.

“Mereka puji kepetahan anak saya bercakap dan seronok melihat kerajinan dia bantu saya jaga anak kecil walaupun dia sendiri baru berusia tiga tahun,” ujarnya menutupi kisah.

Komen Netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*