“Tiba2 rasa seb4k”- Video ucapan Ryan Bakery di Sepahtu Reunion Live dipuji ‘humble’

Semalam, kecoh di media sosial dengan kemunculan dua selebriti TikTok Malaysia yang dikenali sebagai Ryan Bakery dan WanChai menjadi tetamu jemputan pihak rancangan lawak popular bersama kumpulan Sepahtu iaitu dalam Sepahtu Reunion Live.

Dua nama hebat tersebut sudah tidak asing lagi buat pengguna TikTok yang sentiasa mengikuti konten-konten disajikan oleh Ryan Bakery mahupun WanChai. Namun begitu, melihatkan pula kehadiran kedua-dua selebriti TikTok berkenaan di kaca televisyen mencetuskan ramai terhibur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zon Lawak (@zonlawak)


Mana tidaknya, riuh Sepahtu Reunion Live dengan kehadiran mereka apabila kedua-dua watak selebriti TikTok itu yang boleh menghiburkan orang ramai tidak disangka-sangka mempunyai bakat tersendiri yang mana Ryan Bakery dengan perwatakan selambanya dan WanChai pula tanpa dialog sahaja sudah berhasil mencetuskan tawa buat peminat.

Selepas video-video mereka melawak di rancangan tersebut menjadi bualan, ucapan di akhir rancangan turut tular. Ryan Bakery dalam rakaman video dimuat naik ini dilihat mengucapkan terima kasih kepada semua dan pihak Sepahtu sendiri.

VIDEO:

@skyjuicez84 Mantap ahh korang bang malam tadi @ryanbakery @wanchai_31 1700 org penonton datang…paling ramai setakat ni… #respek #sematoo #rwyfb #ryanbakery #sepahtureunionlive2022 ♬ original sound –


Menjengah ke ruangan komen video yang telah dikongsikan pengguna platform TikTok atas nama skyjuicez84 tersebut, ternyata ucapan Ryan Bakery itu sudah cukup membuktikan dia seorang yang humble. Dalam pada itu, netizen juga memuji watak dibawa mereka semalam disampaikan dengan baik kepada penonton.

“Ucapan paling humble…”

Ryan

“Bukan senang tu…”

IMG_20220805_155708IMG_20220805_155730

“Mulut dia tak habis habis…”

RyanIMG_20220805_155814

“Dia apa apa mesti sebut sahabat dia, bagusnya”

IMG_20220805_155757

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*