Pembed4han terpaksa dihentikan untuk tempoh 48 jam, Remy Ishak belum putus harap lihat ibu kembali sembuh

PELAKON Remy Ishak memaklumkan ibunya kini sedang bertarung nyawa di Unit Kawalan Rapi Kardiovaskular (CICU) Hospital Serdang selepas pembed4han yang dijalankan terpaksa dihentikan.

Remy atau Mohammad Zalimie Ishak, 40, berkata, pembedahan itu terpaksa dihentikan buat seketika dan akan bersambung semula selepas tempoh 48 jam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Remy Ishak (@remyishak)


“Selepas 10 hingga 12 jam dalam bilik pembedahan, ia terpaksa dihentikan buat seketika dan akan bersambung semula selepas 48 jam,” katanya menerusi hantaran di Instagram pada Sabtu.

Terdahulu, pengurus Remy memaklumkan ibunya, Basrah Md Deris, 64, sedang kritikal selepas dibawa ke hospital berkenaan untuk menjalani pembed4han.

Remy Ibu

Remy dan adik-beradik tetap ikhtiar bagi melihat ibu tersayang kembali sihat.

Basrah sebelum ini dimasukkan ke Hospital Melaka sejak dua hari lalu sebelum dipindahkan ke Hospital Serdang untuk menjalani pembed4han jantung.

Dalam pada itu, Remy berkata, sebagai seorang Muslim, dia percaya kepada qada dan qadar dan sebagai anak dia melakukan semua ikhtiar bagi melihat ibunya kembali sihat.

Kata Remy, masih banyak kebaikan dan kebahagiaan yang belum dia dan adik-beradiknya lakukan untuk ibu mereka.

“Sebagai seorang Muslim, saya percaya pada qada dan qadar. Saya percaya pada hari akhirat, saya percaya syurga dan neraka Allah.

“Namun apa yang saya dan adik-beradik lakukan sekarang adalah ikhtiar. Masih banyak kebaikan dan kebahagiaan yang belum kami lakukan untuk ibu kami.

“Mohon jasa baik dari kalian semua mendoakan untuk saya dan adik-beradik supaya kami boleh bersama-sama semula dengan ibu kami,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*