“SEPERTI kakak dan adik!”
Itu antara pujian yang dilontarkan netizen kepada Izara Aishah selepas dia memuat naik foto bersama ibu tersayang, Shafina Khalid baru-baru ini.
Rata-rata netizen terpegun dengan kejelitaan yang dimiliki dua beranak itu, bahkan ada pula yang menyifatkan mereka seperti adik-beradik, bukannya ibu dan anak.
Memang tidak dinafikan wajah Shafina sangat awet muda dan semestinya kecantikan yang dimiliki diwarisi oleh Izara serta cucunya iaitu Irisa Alaia.
Malah, ada juga yang menyamakan wajah Shafina seperti pelakon Latin dan Bollywood.
“Patutlah awak sangat cantik, diwarisi daripada ibu rupa-rupanya,” puji seorang pengguna Twitter.
“Mama Izara macam Aishwarya Rai,” ciap seorang netizen.
Macam-macam pujian melambung diberikan netizen, mungkin sifat lemah-lembutnya juga diwarisi daripada ibu tersayang. Beruntung Izara!
Sumber/Kredit : google
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://bartasangbad.site/
Leave a Reply