AC Mizal Beritahu Kenapa Dia Sudah Lama Tidak Jumpa Anak Dari Bek4s Isteri Pertama

Penyanyi, pelakon dan pengacara Datuk AC Mizal mended4hkan yang dia tidak lagi pernah menghubungi atau berkomunikasi dengan anak-anak hasil perkahwinan dengan bekas isteri pertamanya, iaitu Muhammad Shafiq Iman dan Muhammad Shabil Iman.

Menurut AC, sebagai seorang ayah, ada rasa dalam hati ingin bertemu dengan kedua zuriatnya itu. Namun, atas kekangan keadaan, hal tersebut tidak dapat direalisasikan.

“Saya tidak ada komunikasi dengan mereka. Memang tidak ada. Semuanya dah besar. Saya pun lupa bila kali terakhir saya berjumpa dengan mereka.

“Memang sebagai ayah kita nak jumpa. Tapi kita tahu banyak kekangan yang ada yang tidak boleh diceritakan.

Bagi saya, I’m happy. That’s why phone number saya tak bertukar,” katanya kepada Gempak ketika ditemui pada majlis Suke Go bersama Gokingkong di ibu pejabat Suke TV di ibu kota baru-baru ini.

AC mengulas mengenai situasi bersama anak-anak dan bekas isteri, Shafnie Zainuddin selepas isu pembelian kereta jenis Mercedes-Benz sempena hari jadi anaknya bersama Datin Emylia Rosnaida, Muhammad Reeve Damien yang ke-18 tular beberapa bulan lalu.

Menurut cakap-cakap nakal netizen, AC dilihat memanjakan anak bersama Emylia berbanding anak-anak dengan bekas isteri.

Anak bujang genap 18 tahun, AC Mizal hadiahkan Mercedes – Kosmo Digital

Melanjutkan bicara, AC berkata, pembelian kereta buat Damien dilakukan oleh Emylia yang juga Pengerusi Suke TV. Kata AC, pembelian tersebut tidak ada kena mengena dengan dirinya.

“Ceritanya, isteri saya juga pengasas Suke TV. Dia yang belikan untuk anak dia… saya nak cakap apa. Duit dia. Sebab tu kalau orang cakap, saya tak terasa. Lantak koranglah nak cakap apa, yang beli mak dia,” ujar AC sambil tertawa.

Bercakap mengenai kolaborasi dengan Gokingkong AC berkata: ​​“Suke Go akan meningkatkan kefahaman pasukan kami mengenai pengguna, dan ini akan membantu menyesuaikan perkhidmatan kami mengikut keperluan dan minat mereka.

Dengan Suke Go, kedua-dua pihak Suke Shop dan Gokingkong akan dapat memanfaatkan kekuatan, pengetahuan, sumber dan kepakaran masing-masing untuk memperkasakan lagi perkhidmatan kami.

“Suke Shop berharap kerjasama dengan Gokingkong ini dapat meluaskan lagi kehadiran kami dalam industri e-dagang tempatan,” katanya.

Sumber :Gempak

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :http://www.mediakita.dnq.news/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*