“B.. You Sayang I Tak?” Tanya Almy Nadia, Jawapan “Win” Fizz Fairuz Buat Netizen Terhibur

Keluarga pasangan selebriti yang tidak asing lagi, Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia sering menjadi sorotan kerana para peminat selesa melihat kehidupan mereka yang sederhana dan seolah-olah bebas kontroversi.

Baru-baru ini, video yang dimuat naik oleh Datin Almy Nadia di Instagramnya telah menarik perhatian ramai apabila mengajukan soalan tentang perasaan kepada suaminya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FizzAlmy (@almynadiaofficial)


“B…i nak tanya you something. you sayang i tak? banyak mana? tapi i gemuk tau, i buruk..” kata Almy.

Jawapan yang diberikan oleh Fizz sangat “win’.

“Sayanglah..banyak…biarlah gemuk sebab nanti kalau kurus you tinggalkan i” jawab Fizz.

Mendengar jawapan suaminya itu, Almy terus membalas “baby, i love you” sambil ketawa berdekah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sangat terhibur melihat telatah pasangan suami isteri ini bergurau senda yang disifatkan sebagai sangat “sweet”.

Dalam kehidupan berumah tangga janganlah asyik serius sepanjang masa, cubalah kerap bergurau senda dengan pasangan barulah hubungan kekal bahagia.

Paling penting, jangan pernah kita berubah hati dan sentiasalah menerima kelebihan dan juga kekurangan pasangan kita dengan seadanya.


Semoga Fizz Fairuz dan Almy Nadia sekeluarga sentiasa kekal bahagia hingga ke jannah.

 

Sumber :cari

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:http://www.mediakita.dnq.news

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*