“Pontian4k pun pakai longgar-longgar” – Anak Azhar Sulaiman dikec4m gara-gara s3ksi sakan sambut Halloween

RAMAI sedia maklum penampilan anak perempuan pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona cukup sinonim dengan imej s3ksi yang sering menjadi perhatian dalam kalangan netizen.

Bagaimanapun sangkaan ramai bahawa personaliti media sosial tersebut sudah meninggalkan imej seksi selepas melanjutkan pelajaran di London, United Kingdom dalam bidang pengurusan jauh meleset.

Penampilan Leona ketika menyambut perayaan Halloween didakwa menjolok mata apabila berkongsi beberapa fesyen pilihannya di laman sosial TikTok.

Malah gadis berkenaan turut bertanya kepada pengikutnya mengenai gaya paling disukai mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Leona (@kasihirisleona)


Penampilan Leona di perayaan Halloween.

“Mana satu gaya yang awak suka?,” tulisnya.

Menerusi hantaran berkenaan, Leona berkongsi tiga foto memperlihatkan dirinya tampil sebagai gadis cowboy lengkap bertopi, berkasut but merah jambu yang dipadankan dengan singlet tanpa lengan rona serupa dan skirt atas paha berwarna krim.en.

Dua foto lain pula menyaksikan Leona mengenakan gaun tube merah dengan belahan pada bahagian paha selain gaun kostum berwarna putih yang memperlihatkan dia bergaya sebagai angel.

Video berkenaan sehingga kini meraih 500,000 tontonan dan 18,000 tanda suka di TikTok.

Meskipun berpakaian seksi, rata-rata pengikutnya di laman sosial berkenaan memuji seleksi pakaian Leona untuk parti Halloween.

Antara komen netizen di TikTok Leona.

Pun begitu, ada juga mengkritik gaya tersebut dan mendakwa sikap Leona semakin memburuk sejak melanjutkan pelajaran di luar negara.

“Takutnya tengok pakaian dia, pontianak pun pakai longgar-longgar.

“Mantap Leona tapi sampai bila nak pakai macam tu? Makin menjadi-jadi! Bertambah teruk dia dekat sana, 100 peratus ikut gaya Barat,” antara komen netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*