Syura Buat Parti ‘Gender Reveal’, Anak-anak Teruja Dapat Adik Lelaki

SELEPAS mengumumkan bakal menimang cahaya mata pada Mac tahun depan, penyanyi Syura Badron mengadakan majlis gender reveal bagi mended4hkan jantina bayi dalam kandungannya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Syura atau Zuraidah Badron memaklumkan bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.

Berita gembira yang dikongsikan penyanyi berusia 36 tahun itu turut disambut dengan loncatan gembira daripada anak-anaknya yang memang mengharapkan ibu mereka mengandungkan bayi lelaki.

Anak Syura gembira bakal dapat adik lelaki.

Majlis tersebut juga dimeriahkan dengan rakan-rakan serta ahli keluarga pasangan tersebut.

Video yang dimuat naik di Instagram itu juga memaparkan beberapa tetamu bermain teka-teki tentang jantina anak sebelum Syura mended4hkan jawapan sebenar kepada tetamu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syura badron official (@syurabadron)


Terdahulu, Syura mengumumkan dia sedang hamil lima bulan selepas 11 bulan mendirikan rumah tangga bersama suami, Muhd Farizat.

Untuk rekod, Syura pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Fadhly Md Yassin namun rumah tangga mereka berakhir dengan percera1an pada Ogos 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdina, 15, Nurul Qaisara Sofia, 13 dan Muhammad Ifran Aryan, 11 tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*