Pencuri Mengganas, Geledah Satu Rumah! Rugi 10k, Ikan Pun Turut Jadi Mangsa

Dalam kemeriahan menyambut Aidilfitri di kampung halaman, sebuah keluarga tidak menyangka rumah yang ditinggalkan dipecah masuk sehingga barang-barang berharga habis dicuri.

Menerusi video yang dimuat naik @syazaaein_ di akaun TikTok malam tadi, dia terkejut apabila mendapati rumahnya yang terletak di Kuala Lumpur berselerak seperti digeledah orang.

Kepenatan terperangkap dalam kesesakan di lebuh raya pulang dari kampung belum pun hilang, sebaik tiba mereka berputih mata apabila mendapati banyak barang telah dicuri.

Begitulah yang diceritakan seorang wanita yang mana rumah keluarganya di Sungai Buloh, Selangor dipecah masuk dalam kejadian pada hari raya kelima, Ahad lalu.

Barang-barang berselerakan di ruang tamu.

“Apabila tiba di depan rumah pada petang tu, saya belum syak apa-apa lagi. Keadaan memang tersusun cantik. Buka pintu je, perkara pertama kami tengok adalah 14 ekor ikan yang dibela dah mati, macam sudah dua hingga tiga hari mati.

“Pada mulanya kami ingatkan rumah blackout sebab oksigen dekat akuarium tak ada dan lampu di ruang lain tak bernyala.

“Selepas itu, ibu saya mula perasan keadaan ruang tamu agak bersepah. Sedangkan kami sudah kemas sebelum balik kampung. siapa pula yang sepahkan? Pelik, sebab barang-barang yang disepahkan itu dari dalam bilik ibu ayah,” katanya.

Mesra disapa Syaza, wanita berusia 27 tahun itu kemudian menjerit sebaik melihat pintu dapur dan tandas serta tingkap di dapur terbuka luas.

“Awal tu saya sangkakan monyet masuk sebab sebelum ini pernah terjadi rumah dimasuki monyet. Tapi tak logik sebab ayah dah periksa semua.

“Kemudian saya diberitahu bilik ibu ayah berselerak. Selepas beberapa minit, suami jerit panggil nama saya dari bilik di tingkat atas. Saya berlari ke bilik, saya hampir nak pengsan tengok keadaan bilik saya, dengan bilik adik-adik yang lain pun sama kena selongkar,” ujarnya yang berasal dari Kuala Lumpur.

Pertama kali berdepan dengan insiden itu, Syaza mengakui terkejut dan tiada kata-kata yang mampu diungkapkan dengan apa yang disaksikannya.

“Saya panik, menangis dan nak pitam. Paling kasihan ibu saya, dia tergamam sampai menggigil dan hampir rebah,” kata sambil menambah dia dan suami tinggal bersama ibu bapa dan empat beradik lain.

Banyak barang digeledah dan dicuri.

Mengulas lanjut, pembantu jualan itu menjelaskan bahawa antara barang yang dicuri adalah telefon, jam tangan, barang kemas, kasut sukan, wang simpanan adik-adiknya termasuk wang lama kepunyaan bapa dengan nilai kerugian hampir RM10,000.

“Paling tak sangka dicuri seperti barang kenangan masa ibu ayah kahwin, hadiah reward daripada bos dan keluarga, malah ada juga hasil titik peluh kami sekeluarga.

“Selain keadaan rumah berselerakan dengan barang-barang, tingkap tandas juga mengalami kerosakan,” katanya yang membuat laporan polis berhubung kejadian.

Masyarakat perlu lebih berhati-hati terutama apabila meninggalkan rumah dalam tempoh yang lama.

NUR SYAZA AIN SHUHELMI

Syaza berkata, dia sekeluarga akan lebih berhati-hati dengan merancang untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di dalam dan luar rumah, serta penggera anti kecurian.

Jelasnya lagi, mereka juga akan memastikan semua laluan akses seperti tingkap dipasang jeriji dan kunci tambahan bagi setiap pintu, termasuk ‘tinted‘ pada cermin.

Sebanyak 14 ekor ikan perliharaan mati dalam kejadian pecah rumah.

Menurut Syaza, dia kini mengambil masa untuk bertenang dan reda menerima kejadian pecah masuk yang menimpa keluarganya ketika umat Islam menyambut Aidilfitri.

“Serik nak tinggalkan rumah lama-lama tu memang ada, cuma selepas ni saya sekeluarga perlu lebih berhati-hati tentang keselamatan rumah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : MStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*