4 Bulan Duduk Hotel, Berpindah Randah. Nora Danish Ditipu Kontraktor

Pelakon Nora Danish meluahkan rasa tidak puas hati apabila kontraktor yang diupah didakwa gagal menyiapkan projek pengubah suaian rumahnya.

Kata Nora atau Nora Mohd Danish Hanif, 42, proses tersebut sepatutnya selesai pada Januari lalu namun sehingga kini kerja-kerja pengubahsuaian belum selesai.

Disebabkan itu kata Nora, dia dan keluarga terpaksa menginap di hotel selama empat bulan dan kini menumpang rumah ibunya.

“Saya dah bayar sejak Ogos tahun lalu. Duduk hotel sudah lebih empat bulan. Sekarang saya tinggal di rumah ibu sejak tiga bulan lalu.

size NP 1 - 2024-04-18T090846.954

Kenyataan dimuat naik Nora di Instastory miliknya.

“Ini semua salah saya sebab percayakan orang yang sudah dianggap macam ‘adik’, kerja tak habis terus angkat kaki.

“Tinggalkan kami terkontang-kanting kena tipu dengan kontraktor penipu dan tak berhati perut,” katanya.

Nora mendedahkan perkara itu menerusi Instastory miliknya pada malam Rabu.

Sementara itu, Nora berkata dia tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis sekiranya masalah tersebut tidak diselesaikan sehingga hujung minggu hadapan.

“Kontraktor tu memang buat hal. Saya akan buat laporan polis untuk korang berdua sekali kalau rumah saya tak siap dalam minggu depan.

“Dari Januari patut siap, duit dah bayar 90 peratus. Sekarang dah masuk April. Nak kata sabar, saya dah sabar lama. Memang polislah jawapannya.

Dalam pada itu, Nora memberitahu sudah banyak peluang diberikan kepada kontraktor berkenaan sehingga kehidupan dia sekeluarga menjadi tak tentu arah.

Malah Nora berharap perkongsiannya itu membuka mata masyarakat untuk sentiasa berhati-hati dalam berkawan dan mempercayai seseorang.

“Kesemua baju dalam bag plastik Ikea. Kena korek tiap kali nak pakai. Nak mula kerja pun susah.

size NP 1 - 2024-04-18T090905.410

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*