Sebut sahaja tentang kanak-kanak pasti akan terlintas dalam fikiran kecomelan dan keletah mereka. Oleh sebab itu, ada segelintir ibu bapa akan merakam momen indah dan berkongsinya di media sosial.
Perkongsian itu kebiasaannya menyebabkan kanak-kanak itu mempunyai peminatnya yang tersendiri.
Pada masa kini, antara kanak-kanak yang sering menjadi perhatian warganet adalah anak kepada jurumekap terkenal Nabilah Zulyadaini atau lebih dikenali sebagai MUA Bellaz.
Kanak-kanak perempuan yang diberi nama Nur Aisywara Naelofa atau Wara mempunyai peminatnya yang tersendiri hingga menyebabkan MUA Bellaz mengeluarkan keychain khas buat peminat anaknya.
MUA Bellaz berkata, dia menerima segala nasihat dan ucapan daripada pengikut media sosial agar tidak mengelurkan produk berkenaan demi kebaikan semua.
MUA Bellaz mohon maaf
Maklum pemilik nama Nur Nabilah Zulyadaini, dia dengan rendah hati mohon maaf berhubung ketidakselesaan dan tidak setuju orang ramai kerana mengeluarkan produk berkenaan.
MUA Bellaz berlapang dada untuk menghentikan penghasilkan produk berkenaan kerana mahu semua pihak puas hati dan selesa.
“Hampa dengan merendah hati nak bagitahu, Bellaz berlapang dada berhentikan production cartoon keychain Wara. Nak semua omi Wara happy dan selesa.
“Terima kasih atas nasihat dan ucapan yang baik-baik,”tulisnya dalam hantaran di Facebook, semalam.

Bagi percuma kepada klien
Meskipun pihak syarikatnya telah menghasilkan separuh daripada keychain tersebut, namun dia akan memberi kepada pelanggan sebagai hadiah ‘free gift’.
“Terima kasih walaupun dah separuh dah buat. Nanti Bellaz bagi as free gift untuk client makeup mama dia na. Minta maaf sekali lagi.
“Kita kena buat benda yang selesakan orang. Kalau orang kurang selesa jangan teruskan sebab yang beri sokongan ini bukan orang luar tapi dari pengikut kita sendiri. Mungkin ada hikmah besar lagi Allah nak bagi,”katanya lagi.

Dia bagaimanapun memaklumkan bakal mengeluarkan produk terbaru iaitu baju yang mempunyai wajah anaknya
Terdahulu, MUA Bellaz memberitahu terdapat segelintir netizen berasa kurang selesa apabila keychain berkenaan mempunyai wajah Wara. Susulan daripada itu, Bellaz dipercayai bakal mengeluarkan produk terbaru iaitu baju yang mempunyai wajah anaknya dalam versi kartun juga.
“Minta maaf yang minta Bella batalkan jualan sebab ada pihak yang kurang selesa dengan keychain Wara.
“Nanti support baju Wara ya. Takpa kan gambar Wara kat baju nanti? Khas buat peminat Wara, Bellaz buat kartun juga,”maklumnya di Instagram.

Untuk rekod, pemilik nama Nur Nabilah Zulyadaini itu berkahwin dengan Anuar Ahmad dan mempunyai tiga lagi cahaya mata iaitu Iris Alisya, Mohd Aidil Mikhali, Muhammad Ean Yusuf dan Nur Aisywara Nealofa
Sumber: FB Nabilah Zulyadaini

Leave a Reply