Kehadiran anak-anak yang dibawa ibu bapa ke masjid sejak kecil untuk mengimarahkan rumah Allah merupakan satu pemandangan yang indah.
Namun, kehadiran ‘pagar’ yang dipasangkan dengan tali berwarna merah menutup satu kawasan kecil di dalam sebuah masjid mencetuskan tanda-tanya segelintir jemaah.
Menerusi satu perkongsian, seorang jemaah bercerita mengenai salah satu saf di masjid berkenaan terpaksa dipagar berikutan berlaku kejadian salah seorang kanak-kanak terkencing dalam seluar.
“Saf kedua ni terpaksa dipagar beberapa hari sebab bekas budak kencing ketika dalam solat. Dia solat di tepi ayahnya.
“Masa rakaat pertama dah berjoget-joget nak kencing. Si ayah tak perasan anak bagi signal. Tak tahulah tak perasan atau ‘takut’ nak berhenti solat,” tulis seorang jemaah, dikenali sebagai Mohd Yazid Ismail di Facebook.
Tanpa mendedahkan lokasi masjid dan tarikh kejadian serta usia anak jemaah berkenaan, Mohd Yazid yang berada di saf belakang menyedari keadaan kanak-kanak itu yang mahu membuang air kecil.
“Saya yang kat tepi belakang perasan budak tu nak kencing. Sebelum rukuk, budak tu terkencing dalam seluar sampai basah karpet.
“Walaupun dah kencing dalam kuantiti yang banyak tapi ayahnya tetap meneruskan solat macam biasa sampai habis,” ujarnya mengimbas tentang insiden berkenaan.
Sehubungan itu, dia menasihati ibu bapa supaya memantau keadaan anak-anak mereka terlebih dahulu sebelum meneruskan solat berjemaah di masjid.
Jika tidak katanya, sikap sambil lewa itu akan menyusahkan Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid dan para jemaah lain.
“Kalau bawa anak umur bawah usia tujuh tahun ke masjid, sila pastikan anak bukan dalam keadaan menahan kencing.
“Kasihan AJK masjid bersusah-payah untuk selesai masalah najis ni. Ibu bapa yang nak bawa anak, sila pastikan anak dah pergi ke tandas,” jelasnya lagi.
Jemaah meneruskan solat di sebuah masjid. Foto Mohd Yazid Ismail
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pengalaman dan nasihat membawa anak-anak kecil ke masjid.
Sekiranya air kencing kena pada pakaian, badan dan tempat solat… maka tidak sah solat kerana suci daripada najis adalah syarat sah solat.
PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN
“Simple je sekarang apabila berlaku kes sebegini, panggil cleaner karpet, tak perlu pagar. Dalam sejam dah kering dan bersih tempat ni semua.
Seorang lelaki menunaikan solat di masjid. -Gambar hiasan
Menurutnya, jika kanak-kanak itu dikhuatiri mengganggu jemaah yang lain maka sebaiknya tidak di bawa ke masjid.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : Mstar
Leave a Reply