Lelaki Cina Buntu, Hanya Ada Rm3 Untuk Isi Minyak Kereta Balik Tanjong Malim. Mujur Ada Insan Baik, Tolong Isi ‘Penuh’

BENARLAH kata orang, jika kita berasa berada dalam kesusahan, sebenarnya ramai lagi insan yang lebih susah.

Begitulah iktibar yang diperoleh seorang lelaki ketika singgah di sebuah stesen minyak pada lewat malam.

Baru perasan minyak kereta dah hampir habis. Melepasi tol Jalan Duta, saya masuk terus ke stesen minyak untuk mengisi minyak, Cerita Muhammad Abu Hurairah Roslan menerusi satu hantaran di Facebook.

Abu Hurairah berkongsi pengalamannya ketika berkunjung ke sebuah stesen minyak.

Ketika di kaunter pembayaran, Abu Hurairah terdengar pertanyaan seorang lelaki Cina kepada pekerja stesen minyak.

Saya ada RM3. Nanti tambah RM10 dari kad debit boleh? Dia tanya sambil wajahnya sugul, sesekali mengelap peluh. Nampak macam kecemasan dan mengejar sesuatu.

“Berapa kali cuba, kadnya tak dapat digunakan. Maaf encik. Tak boleh gunalah kad, jawab pekedai,” katanya yang mengimbas kembali perbualan yang didengarinya.

Lelaki Cina itu kemudian mempersoalkan kenapa kad debitnya tidak boleh digunakan sedangkan terdapat baki sebanyak RM18 di dalam akaun bank.

Menurut Abu Hurairah, keadaan ketika itu agak tegang sambil menambah dia bersimpati dengan situasi yang dihadapi lelaki berkenaan.

“Akhirnya, lelaki cina ini bayar RM3. Saya tak mampu tahan terus batalkan urusan di kaunter dan keluar dapatkan dia.

“Saya ke arahnya dan tegur. Hai. Sorry. You tak cukup duit ke? Tak apa, saya tolong ok? Dia terkejut. Saya tolong you sebab RM3 mana cukup nak isi minyak,” katanya.

Baki wang yang sikit dalam akaun bank. -Gambar hiasan

Mendengar penjelasannya, lelaki Cina itu berkali-kali memohon maaf disebabkan masalah yang berlaku.

“Ohh sorry, sorry. Gaji belum masuk. saya kena balik Tanjong Malim, ada kecemasan. Berapa kali dia sebut sorry. Dia kata tak nak saya tolong, dia rasa bersalah,” katanya.

Walaupun enggan dibantu, Abu Hurairah tetap menawarkan bantuan kepada lelaki Cina itu dengan membuat bayaran tanpa tunai menggunakan kad debit.

“Tak apa, you buka ini tangki minyak. Dan saya terus berlalu ke kereta saya pula. Tiba-tiba dia berlari dan datang, Hey, you kenapa isi penuh? Kenapa?

“Dia menangis, katanya… saya tak percaya ni. You datang macam tu saja. Tolong macam tu. Bagi nombor you. dapat gaji, saya bayar,” katanya.

Menurut Abu Hurairah, dia mendekati lelaki Cina itu dan mengusap belakang badannya serta minta untuk dia bertenang.

“Relaks bro. It’s okay for me. Dalam Islam, kita buat perkara ini… kita bantu sesiapapun. Tuhan saya sering katakan ini,” katanya.

Seorang lelaki mengalami masalah kewangan kerana belum menerima gaji. -Gambar hiasan

Lelaki Cina itu menggelengkan kepala kerana masih tidak percaya memandangkan sebelum itu dia cuba meminta tolong daripada rakan-rakan tetapi tiada siapa yang sudi menawarkan bantuan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : MStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*