Tak sampai sebulan kembali berbaik dengan Rizky Billar, Lesti Kejora dikatakan h4mil anak kedua

PASANGAN selebriti Indonesia, Lesti Kejora dan Rizky Billar kembali mendapat perhatian selepas isu rumah tangga mereka hangat diperkatakan.

Memetik laporan Detik Hot, terbaharu Lesti dikatakan sedang hamil anak kedua selepas pasangan itu mengambil keputusan kembali berbaik dan melupakan kekecohan dalam perkahwinan mereka sebelum ini.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili Lesti iaitu Sandy Arifin enggan mengulas lebih lanjut mengenai dakwaan terbaharu berkenaan.

Lesti Kejora dan Rizky Billar dikatakan bakal timang cahaya mata kedua.

Lesti Kejora sedang h4mil anak kedua.

Malah Sandy hanya membalas dengan senyuman ketika ditanya soalan sama ada Lesti sedang h4mil atau sebaliknya.

Dalam pada itu, Sandy juga menegaskan bahawa masalah di antara Lesti dan juga suaminya, Rizky telah selesai.

“Setiap hari saya hubungi dia dan semuanya baik. Dia juga memaklumkan dalam keadaan sihat dan baik-baik sahaja,” katanya.

Sementara itu, pengurus pasangan berkenaan dikenali sebagai Aril Lobster memaklumkan tidak mengetahui tentang berita gembira itu.

“Saya tidak tahu tentang itu, kita doakan sahaja mereka,” ujarnya.

Beberapa hari lalu, Lesti juga dilihat menemani Rizky bermain bola dan pasangan berkenaan dikatakan sedang cuba memperbaiki hubungan mereka.

293117343_559639245882651_6930297430454413256_n

Lesti dan Rizky bersama anak sulung mereka, Leslar.

Untuk rekod, Rizky did4kwa melakulan keganasan rumah tangga terhadap Lesti sehingga memaksanya membuat laporan polis.

Insiden itu turut membongkar pelbagai perkara lain tentang Rizky yang did4kwa bersikap cur4ng selain did4kwa pernah bergelar seorang gig0lo dan menjalinkan hubungan songsang.

Bagaimanapun Lesti mengejutkan peminat apabila bertindak menarik balik laporan dibuat terhadap suaminya itu dan memutuskan untuk kembali berbaik.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*