
Nama pelakon jelita, Eyka Farhana atau nama sebenarnya Wan Anis Farhana Wan Sarmizi rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Mana tidaknya, penampilannya yang seksi di media sosial menjadi tumpuan ramai sehingga mencetuskan kritikan serta reaksi negatif netizen.
Terbaharu, menerusi video yang dimuat naik Eyka di laman TikToknya ternyata menjadi bualan ramai dimana kelihatan tangan seorang lelaki yang dipercayai kekasihnya iaitu Akhyar Rashid sedang merangkul badan aktres itu membuat netizen terutama peminatnya patah hati.
VIDEO:
Dalam video tersebut, kelihatan pelakon yang berusia 27 tahun itu membuat konten yang sedang trending buat masa kini di sebuah restoran yang tidak dapat dikenal pasti lokasinya.
Susulan itu, rata-rata netizen terutama peminat dalam kalangan lelaki kecewa dengan aksi mesra bersama kekasihnya dan mahu move on dengan selebriti cantik tersebut.
Bukan itu sahaja, majoriti netizen boleh meneka pemilik kepada tangan tersebut meskipun Eyka tidak menunjukkan wajah individu yang duduk bersebelahan dengannya.
Sumber: TikTok @eykafarhana
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber:https://www.klmetro.pw
Leave a Reply